Pengikut





Assalamu'alaikum... Welcome to my site

Find this blog

blog

Kamis, 25 September 2008

annas menulis "Syeikh Syah Al-Karmani mempunyai seorang anak perempuan
yang sangat cantik wajahnya dan baik budi pekertinya.Seperti ayahnya yang
zuhud,soleh dan warak.Gadis jelita ini juga menghabiskan waktu hariannya hanya
untuk beribadah kepada Allah swt.Mari kita ikuti kisah kehidupan anak gadis ini
sebagai renungan bersama.

Pada siang hari dia berpuasa dan pada sebelah malamnya bangun untuk melakukan
solat tahajjud dan bermunajat sepenuhnya hanya kepada Allah swt.Sifat-sifat
terpuji yang ada pada ayahnya juga menurun pada dirinya.Dia hidup sebagai gadis
yang penyabar,penyayang dan qanaah.

Kecantikan anak perempuan Syeikh Syah ini sampai ke pengetahuan Raja Karmani
yang memerintah pada waktu itu.Maka diapun menghantar orang-orangnya untuk
merisik kesahihan yang diterimanya.

Ternyata memang benar,gadis itu memang sungguh cantik,maka dia pun meminang
puteri itu,tetapi syeikh yang alim itu tidak mahu menerima pinangan terhadap
anaknya dengan segera.Sebaliknya dia meminta masa selama tiga hari untuk
mengambil keputusan sama ada menerima atau sebaliknya.

Sepanjang tempoh tiga hari itu.Syeikh itu pergi dari satu masjid ke satu masjid
yang lain untuk meminta petunjuk dari Allah swt.Di salah satu masjid yang
dimasukinya,dia melihat seorang pemuda sedang mengerjakan solat dengan tenang
dan khusyuk.

Syeikh sangat tertarik pada pemuda itu kerana caranya beribadah sangat baik dan
pakaiannya pula sangat sederhana.Sudah tentu pemuda itu termasuk seorang yang
beriman dan faham tentang agama.

" Alangkah berbahagianya kalau aku punya menantu seperti pemuda itu." fikir
Syeikh.

Apabila pemuda itu selesai solat,Syeikh mendekatinya untuk berkenalan dan
bertanyakan sesuatu kepada pemuda itu.Setelah memberikan salam,Syeikh bertanya
nama dan lainnya dan bertanyakan masalah jodoh.

" Fikiranku belum sampai ke sana,tapi kalau itu memang ketentuan Allah swt,kita
tidak dapat mengelaknya." Sahut pemuda itu.

" Kalau begitu,sukakah kau beristerikan seorang perempuan solehah yang banyak
membaca Al-Quran,banyak solatnya,pada siang hari dia senantiasa berpuasa dan
pada sebelah malamnya bangun bertahajjud,bermunajat kepada Allah swt.Adapun
wajahnya,cantik juga."

" Wahai Tuan Syeikh,siapakah gerangan yang mahu berkahwin denganku yang serba
kekurangan ini ?"

" Itu semua serahkan kepadaku.Asal saja saudara minat."

" Maksud Tuan Syeikh ? "

" Ada seorang ayah yang ingin menikahkan puterinya dengan saudara."

" Siapa dia ? "

" Aku sendiri.Anak perempuanku sudah mencapai usia kahwin dan aku harap agar
saudara menerimanya."

Si pemuda diam sebentar sambil menundukkan kepalanya,kemudian berkata, " Tapi
aku tidak punya sebarang apa untuk dijadikan mahar."

" Saya tidak ingin memberatkan saudara."

" Maksud Tuan Syeikh ? "

" Saudara hanya perlu menyediakan roti sehingga satu dirham dan susu berharga
satu dirham juga.Itu saja."

Dengan bertawakal kepada Allah swt,pergilah pemuda itu mencari barang yang
diperlukannya dan apabila sudah mendapatkannya,dia datang semula kepada Syeikh
Syah.

Maka dengan tiada membuang masa,Syeikh menikahkan pemuda pilihannya dengan
puterinya yang solehah.Syeikh sangat gembira kerana telah mendapat menantu yang
sesuai dengan kehendaknya.

Kemudian Syeikh Syah menghantarkan puterinya ke rumah suami anaknya.Dengan
menundukkan kepala kerana malu,wanita solehah itu melangkah kakinya memasuki
rumah suaminya.

Sebaik sahaja masuk,tiba-tiba wanita itu berhenti melangkah dan melihat pada
sesuatu yang kurang berkenan di hatinya sebagai seorang yang tawakal.

Hal ini membuatkan suaminya hairan,tapi dia diam saja.Sebenarnya perempuan
zuhud itu melihat ada sekeping roti di rumah suaminya yang menyebabkannya
terpegun seketika.

" Benda apa ini ?" tanya perempuan itu kepada suaminya.

" Oh...ini sekeping roti," jawab si suami.

" Roti ? "

" Ya roti semalam.Sengaja aku tinggalkan untuk persediaan berbuka puasa pada
hari ini."

Tiba-tiba perempuan itu berbalik dan menuju ke arah pintu untuk
keluar,sementara suaminya terpinga-pinga.

" Hendak ke mana sayang ? " tanya si suami.

" Aku hendak balik ke rumah bapaku."

" Hendak balik ? "

" Ya."

" Memang aku sudah menyangka bahawa anak seorang Syeikh tidak akan dapat
bertahan dengan kefakiranku ini dan tidak mungkin mahu bersuamikan orang
seperti aku yang sangat miskin."

" Ketahuilah sayang,bahawa anak seorang Syeikh seperti aku ini akan keluar dari
rumah ini bukan kerana kefakiran,kemiskinan dan bukan pula kerana
kekuranganmu.Bahkan aku sudah biasa hidup dalam keadaan seperti ini."

" Jadi mengapa engkau hendak pulang ? "

" Anak Syeikh akan keluar dari rumahmu ini disebabkan terlalu tipis keimanan di
dadamu pada kekuasaan Allah swt.Walau bagaimanapun,aku tidak menyalahkan
engkau,tetapi aku kecewa akan janji ayahku."

" Apa janji ayahmu kepadamu ? "

" Ayah berkata kepadaku bahawa aku akan dikahwinkan dengan seorang lelaki yang
iffah,zuhud dan tawakal,sedangkan engkau berpegang teguh sepenuhnya kepada
Allah ? Ini terbukti engkau masih ada menyimpan sekeping roti untuk berbuka
puasa."

Mendengar itu si pemuda sangat hairan dan takjub,kerana tidak sangka setinggi
itu jangkauan wanita solehah yang baru dinikahinya.Dia yakin bahawa sudah tentu
martabat isterinya sangat tinggi di sisi-Nya.

" Kalau hanya sekeping roti itu menyebabkan engkau hendak keluar dari
rumahku,aku mohon kemaafan."

" Mohon maaf itu adalah urusanmu.Itu senang saja."

" Jadi apa pula keinginanmu wahai kekasih Allah ? "

" Aku tidak mahu tinggal di dalam rumah yang di dalamnya terdapat makanan.Aku
tidak memerlukan itu semua.Keperluanku hanya pada Allah swt semata.Sekarang
abang boleh pilih satu daripada dua."

" Apa pula itu ? "

" Keluarkan makanan itu dari rumah ini atau aku tidak masuk rumah ini buat
selamanya."

Si pemuda memilih untuk mengosongkan rumahnya dari sebarang makanan,kerana
tidak mahu isterinya meninggalkannya.Maka ketika itu juga,sekeping roti itu
dikeluarkan dan di sedekahkan kepada fakir miskin yang memerlukan.Sedangkan
berbuka puasa pada hari itu hanya bergantung kepada Allah swt.

Kemudian dibawa isterinya masuk ke dalam rumah yang telah bebas dari sebarang
makanan.Di sanalah suami isteri solehah itu hidup bahagia dan menghabiskan masa
hanya untuk beribadah kepada Allah.Radiallahhu anhum.

Begitulah kisah kehidupan orang-orang soleh yang taat kepada Allah swt.
Mereka hanya berserah dan memohon hanya kepada Allah.

Maaf..sekadar renungan kita bersama....

Tidak ada komentar:

 

Daily Calendar

Most Reading

Tags